Friday 14 January 2011

Lesen Penuh..

Assalamualaikum dan Selamat pagi kpd semua pengikut atau "Follower" yg setia..

Hanya secebis rasa untuk diluahkan,
Hanya seucap kata untuk diucapkan,
Hanya seukir senyuman untuk diterjemahkan...iaitu berkenaan Lesen memandu...

13.01.2011 genaplah tempoh tamatnya lesen memandu "P-PERCUBAAN" saya...
13.01.2011 bermulalah tempoh untuk lesen "Penuh-COMPETENT" pula mengambil tempat selama 2 tahun akan datang...

RENTETAN MENDAPATKAN LESEN PENUH-"COMPETENT"(B2, D)
Sejarahnya bermula pada tahun 2008, iaitu bulan November 2008...Saya telah mengambil lesen L(B2) pada ketika itu dan menduduki "ujian komputer" pada 10 DISEMBER 2008, iaitu genapnya kelahiran saya yg ke-19 tahun..
Sungguh bermakna hari tersebut kerana saya telah lulus dalam ujian kompter..mendapat 48 soalan betul daripada 50 soalan, selain menyambut hari kelahiran  saya bersama dengan keluarga tercinta..Saya telah mendapat lesen L(B2) pada pertengahan bulan disember 2008.

6 bulan selepas itu, iaitu pada bulan mei 2009,saya telah selesai menjalankan ujian litar(JPJ) untuk mendapatkan lesen P(B2) pula..Alhamdulillah,semuanya berjalan dengan lancar..5 bulan selepas itu iaitu pada bulan November 2009, saya telah mengambil Lesen P(D) pula...TIdak lengkap mengambil lesen jenis B2 tanpa lesen jenis D kerana kedua-dua jenis lesen ini adalah penting kepada saya untuk menuju destinasi yang dikehendaki dengan menaiki Motorsikal ataupun Kereta..huhu...

Bagi ujian litar(JPJ) untuk mendapatkan lesen P(D) saya gagal pada ujian yg pertama. Saya gagal ketika berada di bukit iaitu bagaimana untuk memandu ketika berada di bukit. Hati saya sedih pada ketika itu namun  
Ibu dan Bapa saya terus memberikan dorongan kepada saya. Mereka telah memberikan semangat dan motivasi kepada saya agar tidak berputus-asa untuk mendapatkan lesen itu.

Hasil dorongan dan sokongan daripada mereka, saya meneruskan usaha untuk mendapatkan lesen P(D) iaitu menjalani ujian litar(JPJ) bagi kali kedua. Saya telah meneruskan latihan saya beberapa hari sebelum ujian itu. 
Pada hari yang ditunggu-tunggu, saya telah bersedia untuk menjalankan ujian(JPJ) bagi kali kedua. Saya juga lebih yakin dan bersemangat kerana seorang kawan baik saya juga menjalankan ujian(JPJ). Nama beliau ialah Muhammad Syukri Bin Mokhtar. Beliau seorang yang ceria dan selalu buat lawak di dalam kelas..

Alhamdulillah,saya dan syukri telah berjaya mengharungi ujian litar(JPJ), lesen P(D) dengan jayanya...Ini semua hasil dorongan dan sokongan daripada Ibu bapa saya,tunjuk ajar daripada cikgu-cikgu kelas memandu saya dan kepada diri sendiri yang tidak berputus-asa dalam mendapatkan lesen P(D) walaupun gagal pada kali pertama...."Dare to fail"....huhu...

Pada 13.01.2009, bermulalah lesen memenadu P(B2,D) saya. Saya sudah boleh memandu di jalan raya dengan lesen yang sah..hehe...

2 tahun telah berlalu, dan 2 hari lalu saya telah mendapat lesen "Penuh-COMPETENT". Proses memperbaharui lesen telah berjalan dengan lancar.. Terima kasih kepada Wan Ahmad Shaffin Bin Wan Ahmad Nasri kerana telah menghantar dan membantu saya untuk proses memperbaharui lesen.

Saya begitu gembira dan bersykur ke hadrat Allah S.W.T untuk perkara ini. Bagi saya ini adalah kejayaan kepada diri sendiri di tahun 2011....semoga semuanya berjalan dengan lancar di tahun 2011 ini.. amin...

Terima kasih yew kerana sudi membaca...huhu..

1 comment: