Tuesday 11 January 2011

11.1.11

Saya kembali semula menulis blog kesayangan ini...hehe..
Alhamdulillah..saat dan detik saya menulis blog ini telah masuk tahun 2011..tarikh yg menarik juga,11.1.11..
Syukur kepada Allah S.W.T. kerana dengan izin,limpah dan kurnia-Nya masih lagi saya dapat menikmati kehidupan di dunia ini..Saya kini telah meneruskan pengajian semula di Institut Pendidikan Guru Kampus Dato' Razali Ismail dan sedar tak sedar sudah 8 semester saya di Ins. itu...banyak ilmu,kemahiran dan pengalaman bermakna sepanjang pengajian di situ..suka dan duka, tangis dan tawa telah ditempuhi dengan sempurna..hehe...

Sebagai permulaan tahun baru dan semester baru, saya dahulukan dengan pepatah inggeris:

"If you fail to plan, You plan to fail" yang bermaksud
 "Jika anda gagal merancang,anda merancang untuk gagal"

Pepatah ini nampak mudah dan ringkas tetapi mempunyai maksud yang mendalam...
Sesuatu tindakan dan usaha perlulah dilakukan dengan terbaik dan terancang. Oleh itu, medium bagi memastikan sesuatu tindakan dan usaha yang dilakukan dapat dijalankan dengan baik, "PERANCANGAN" adalah segalanya.

Hal ini demikian kerana melalui perancangan:
1) Kita dapat mengetahui sesuatu azam atau keputusan yang ingin dicapai
2) Melaksanakan usaha dan tindakan untuk merealisasikan azam atau keputusan yang ingin dicapai
3) Memastikan usaha dan tindakan dapat dilakukan dengan sempurna
4) Memastikan usaha dan tindakan dapat dijalankan secara bersistematik
5) Memudahkan sesuatu azam atau keputusan yang ingin dicapai

Sekian dahulu yew...Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

2 comments:

  1. good starter...huhu...
    teruskan usaha....
    :)

    ReplyDelete
  2. Terima kasih sara..insyaAllah..
    apa2 hal aku bgtaw kt sini..hehe

    ReplyDelete